Misteri Matianak
0 Comments »Misteri Matianak

Gangguan
matianak kepada manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian
mendayu, cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan daun-daun pucuk
muda. Sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba-tiba banyak
daun-daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan berhati-hati atau cara
mudah iaitu melarikan diri. Matianak juga suka mengganggu perempuan yang
bersalin dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu.
Mereka
yang mahir dari segi perubatan dan bidan saja yang tahu cara-cara
menangani gangguan Matianak. Namun ada juga sesetengah pihak yang
membela matianak untuk mendapat kelebihan seperti mahir dalam perubatan
dan bermimpi perkara yang akan terjadi keesokan harinya (macam firasat).
Dan ada juga yang menggunakan Matianak untuk mengganggu atau menganiaya
sesiapa sahaja yang mereka dendam. Diingatkan sebagai orang Islam
janganlah sesekali terlibat dalam perkara di atas kerana dalam Islam
ianya syirik serta khurafat sama ada untuk si pelakunya ataupun si
pemintanya.