Keajaiban Kaabah Luar Biasa
0 Comments »Kaabah yang terletak ditengah-tengah pusat dunia ini, merupakan misteri penciptaan khazanah alam yang paling istemewa serta tidak ternilai harganya. Ianya telah dicipta sejak ribuan tahun lamanya pun begitu, masih teguh hingga ke hari ini. Salah satu keajaiban Kaabah ialah ianya tidak akan luput ditelan masa sehinggalah datangnya hari kiamat. Kaabah mewakili arah penyembahan kepada tuhan yang esa oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu sebagai kiblat yang satu. Pabila musim haji banyak orang sanggup bergadai nyawa untuk mendekati kaabah seolah-oleh membuktikan ianya cukup istimewa. Menurut cerita yang sememangnya terbukti kebenarannya, Kaabah diciptakan oleh para malaikat dan seluruh makhluk hidup di alam ini termasukah binatang seperti burung dan semut.
Memang jelas ianya bukanlah ciptaan oleh manusia sepenuhnya. Buktinya ada pada salah satu penjuru sudut Kaabah di mana terdapat sejenis batu yang wangi berasal dari syurga di bawa melalui malaikat Jibril. Itulah antara satu-satunya batu ajaib yang ada di dunia ini datangnya dari alam syurga yang pastiya tidak akan ditemui di tempat lain di alam ini. Namun misteri yang menjadi persoalannya ialah apakah yang terkandung di dalam Kaabah itu? Bagaimanakah keadaan suasana di dalam Kaabah tersebut? Mengapakah ia mesti di rahsiakan? Jika difikirkan memang ada kebaikan dan hikmah disebaliknya…